You are here: Home Akta & Peraturan

Koperasi Sahabat Interaktif Malaysia

Akta & Peraturan

E-mail Print PDF
TUJUAN & AKTIVITI-AKTIVITI YANG DICADANGKAN
Koperasi yang dicadangkan adalah berbentuk Koperasi Asas, bakal ditubuhkan dibawah AKTA KOPERASI 1993 DAN PERATURAN-PERATURAN (PINDAAN 2001).
Tujuan utama Koperasi ini ditubuhkan adalah untuk menjadi sebuah Pusat Khidmat Sehenti (One-stop Service Centre). Dengan yang demikian, Koperasi ini dapat memberikan khidmat yang proaktif kepada Anggota-anggota Koperasi serta Ahli-ahli SIM khasnya, serta bukan anggota amnya.
Tertakluk kepada Undang-undang Kecil Koperasi SIM Berhad, Koperasi ini dicadangkan dan, jika dipersetujui, bakal meceburi bidang-bidang berikut:-
(I)             Kewangan - mengurus skim pinjaman kewangan melalui skim-skim pinjaman yang diluluskan oleh kerajaan kepada anggota-anggota dan bukan anggota;

(II)           Insurans - menjalankan operasi skim insurans pelbagai yang diluluskan oleh kerajaan kepada anggota-anggota dan bukan anggota;
(III)         Perkhidmatan –
a)             menjalankan kegiatan sebagai agen komisi am;
b)             menganjurkan atau membantu menganjurkan forum, pameran, ekspo dan seumpamanya bagi maksud komersil atau umum;
c)              menjalankan apa-apa aktiviti yang boleh membawa manfaat kepada anggota dan golongan pengguna di Malaysia;
(IV)         Bimbingan, Pembelajaran & Maklumat -
a)             Mewujudkan pusat kajian dan pembangunan bagi mendapatkan penambahbaikan terhadap hasil-hasil pertanian dan perladangan;
b)             Menjalankan dengan sendiri atau secara usahasama dengan mana-mana orang atau badan-badan lain apa-apa kegiatan persidangan, seminar, latihan, bimbingan, bengkel dan penyelidikan berkaitan bidang teknologi komunikasi dan maklumat, motivasi, keusahawanan, teknikal, pengguna dan kepenggunaan kepada umum;
c)              mewujudkan pusat maklumat mengenai aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh koperasi;
(V)           Pertanian & Perladangan – anggota-anggota berpeluang untuk menceburi bidang pertanian serta mendapat pemilikan secara bersama ke atas perusahaan-perusahaan pertanian yang bakal dilaksanakan;
(VI)         Perdagangan Am –
a)             Mewujudkan urusan perdagangan barangan pengguna dan barang-barang perkhidmatan yang secara umumnya berkaitan dengan penggunaan;
b)             Mewujudkan dan menguruskan kedai, rangkaian kedai dan saluran jualan barangan pengguna di tempat-tempat yang mempunyai potensi pasaran;
c)              Memajukan, membuat, membeli, mengimpot, menyewa, mengedar, memasar dan menjual alat, mesin, teknologi, dan apa jua bahan atau barangan;
(VII)       Urusan Dalam Talian –
a)             melaksana dan menjalankan operasi secara dalam talian dengan menggunakan kaedah internet dan apa-apa kaedah yang seumpamanya selaras dengan kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi;
b)             Mewujudkan pasaraya siber yang menawarkan kemudahan peruncitan secara mesra pengguna sebagai kemudahan kepada semua pengguna internet;
(VIII)     Hartanah – mengendali dan menjalankan urusan perdagangan hartanah tidak termasuk pembangunan;
(IX)         Urusan Orientasi Pelaburan – mengurus, merancang dan melaburkan wang berlebihan dalam perkara-perkara yang dibenarkan ke dalam entiti-entiti yang memberikan keuntungan;
(X)           Menubuhkan Subsidiari & Cawangan – menubuhkan anak-anak syarikat subsidiari serta membuka cawangan-cawangan bagi memudahkan untuk memberi perkhidmatan kepada anggota dan pengguna-pengguna lain; dan
(XI)         Usahasama – menjalin perhubungan serta menyertai usahasama dan menjadi anggota kepada koperasi-koperasi lain.

MODUS OPERANDI
Badan pengurusan tertinggi Koperasi ini adalah oleh Lembaga Pengelola Koperasi dimana ahli-ahli anggota Lembaga ini dikenali sebagai Anggota Eksekutif Lembaga.
Bagi melaksanakan pengurusan dan pentadbiran  operasi pula akan dilaksanakan oleh badan pengurusan diketuai oleh seorang Pengurus Besar. Beliau adalah bertanggung jawab secara langsung kepada Lembaga.
Operasi pula adalah dikendalikan oleh Pengurus-pengurus bahagian mengikut kepada bidang-bidang yang disebutkan diatas.
Buat permulaan, bidang-bidang tersebut akan diwujudkan dalam bentuk cawangan-cawangan yang tertentu. 
PENUBUHAN SUBSIDIARI
Bilamana dan sekiranya perlu, Koperasi ini akan mewujudkan subsudiari-subsidiari sebagai usaha untuk mempelbagaikan program dan aktiviti perniagaan.  Subsidiari-subsidiari yang dimaksudkan adalah hasil dari kenaikan taraf cawangan-cawangan dari bidang-bidang yang disebutkan di awalan
Penubuhan subsidiari-subsidiari berkenaan yang merupakan anak-anak syarikat Koperasi akan ditubuhkan sama ada secara milik penuh atau usahasama bersama entiti lain semesti tertakluk kepada mana-mana akta yang berkenaan. Walaupun mempunyai autonomi sesebuah syarikat sendirian berhad namun kepentingan pegangan syer majoriti mestilah menjadi milik Koperasi.
 

Pendaftaran Anggota

Muat Turun Borang

Pautan Pantas

kosimlogo

logo_8

MangkukTingkat.Com

headlogo

 

 

Visitors Counter

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday42
mod_vvisit_counterYesterday73
mod_vvisit_counterThis week660
mod_vvisit_counterThis month398
mod_vvisit_counterAll24343