You are here: Home Latar Belakang

Koperasi Sahabat Interaktif Malaysia

Latar Belakang

E-mail Print PDF

Sahabat Interaktif Malaysia atau secara ringkasnya dikenali sebagai SIM telah ditubuhkan dalam tahun 2004 oleh sekumpulan pengguna-pengguna ICT dalam usaha untuk untuk menjalin persahabatan dan persaudaraan dikalangan mereka. Pada ketika itu, para pengguna yang celik ICT adalah amat sedikit, kebanyakannya terhad lebih kepada pengguna-pengguna komputer dari pejabat. Ini adalah kerana Warga SIM lebih menggunakan peralatan komputer dari telefon bimbit yang memerlukan kepada peranti dan kerjasama dengan syarikat komunikasi.


Tujuan utama penubuhan SIM adalah supaya para sahabat dapat bertukar-tukar pandangan dan pendapat dalam bentuk forum, emel serta sembang-sembang atas talian (online chatting). Untuk sementara waktu, silaturahim adalah secara maya, dan kebanyakan sahabat tidak pernah bertemu antara satu sama lain.


Daripada aktiviti-aktiviti berforum dan sembang, Warga SIM mula mengadakan perjumpaan-perjumpaan secara realiti dengan penganjuran program-program riadhah sesama sahabat. Dengan yang demikian, ikatan silaturahim antara warga SIM menjadi semakin bertambah intim.

Tahun 2007, terdapat beberapa orang dari kalangan warga SIM yan mencadangkan supaya sebuah koperasi ditubuhkan oleh SIM sendiri. Ianya dilihat sebagai sebuah impian yang agak mustahil untuk digapai. Bukan mudah untuk merealisasikan sebuah pertubuhan dalam kalangan perkumpulan yang bergerak secara maya. Tidak ramai yang percaya bahawa cadangan tersebut boleh menjadi kenyataan. Disember 2007, suatu mesyuarat untuk menubuhkan koperasi telah diadakan. Namun ianya menemui kegagalan lantaran tidak mendapat sokongan yang mencukupi.


Oktober 2008, mengambil kesempatan dan keberkatan dari bulan Syawal, maka suatu pertemuan telah diadakan di sebuah hotel yang betaraf sederhana di Kuala Lumpur. Dengan kehadiran yang agak menggalakkan, SIM berjaya menubuhkan jawatankuasa penaja untuk menggerakkan penubuhan sebuah koperasi yang diimpikan selama ini.


18 Januari 2009, bertempat di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, seramai hampir 60 orang warga SIM yang datang dari Johor, Pahang, Terengganu, Pulau Pinang, Melaka, Negeri Sembilan, Perak dan tidak ketinggalan dari persekitaran Lembah Kelang telah berkumpul dengan tujuan untuk menubuhkan Koperasi Sahabat Interaktif Malaysia Berhad atau ringkasannya KOSIM.


Majlis mesyuarat permulaan koperasi tersebut telah dirasmikan oleh Encik Amran Abd Kadir , Timbalan Pengarah (Pembangunan), Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Cawangan Selangor. Dalam ucapannya beliau yakin dengan potensi KOSIM ini untuk menjadi koperasi yang berdaya maju serta akan berkembang dengan pesat. Pihak Suruhanjaya koperasi membuka ruang yang luas bagi membantu KOSIM untuk memenuhi cita-cita ahlinya. Keyakinan beliau itu berdasarkan komitmen ahli-ahli yang begitu bersemangat dan memberikan sokongan untuk menubuhkan sebuah koperasi yang julung-julung kalinya ditubuhkan secara atas talian. Adalah dijangkakan bahawa penubuhan KOSIM ini akan menjadi realiti dalam masa yang amat dekat.


Jika dalam tahun 2004, SIM dimulai dengan pendaftaran seramai tidak sampai 30 orang, kini dalam tahun 2009, selepas 5 tahun SIM disokong oleh lebih 30,000 orang sahabat yang datang dari pelbagai latar belakang pendidikan, karier, profesyen, ideologi, etnik dan ugama. Komuniti ini dengan sendirinya membentuk satu pasaran virtual tanpa sempadan secara terus kepada pelanggan.


Melalui KOSIM pelbagai peluang yang lebih meluas adalah dibuka untuk kebajikan semua warga SIM secara langsung atau tidak. Malah KOSIM telah merangka suatu sistem perniagaan dan perdagangan yang begitu strategik dan sistematik, yang hanya menunggu masa untuk dilancarkan.

Kepada mereka yang berminat dan ingin turut serta mengalami iklim perubahan dalam urusan koperasi, boleh mendaftar untuk menyertai KOSIM boleh mebuat pendaftaran secara atas talian apabila penubuhannya didaftarkan dan tawaran pendaftaran dibuka secara rasmi.


NOORHISHAM BIN ISHAK

Pengerusi

Koperasi Sahabat Interaktif Malaysia Berhad

Last Updated ( Tuesday, 23 June 2009 04:47 )  

Pendaftaran Anggota

Muat Turun Borang

Pautan Pantas

kosimlogo

logo_8

MangkukTingkat.Com

headlogo

 

 

Visitors Counter

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday38
mod_vvisit_counterYesterday73
mod_vvisit_counterThis week656
mod_vvisit_counterThis month394
mod_vvisit_counterAll24338