MATLAMAT, FUNGSI DAN AKTIVITI
Matlamat :- Menurut subseksyen 4(1) Akta, matlamat Koperasi ini ialah untuk meningkatkan
kepentingan ekonomi anggotanya mengikut prinsip koperasi.
Fungsi :- Fungsi utama Koperasi ini ialah pengguna.
Aktiviti :- Bagi mencapai matlamat dan fungsi menurut undang-undang kecil 7 amnya dan 8 khasnya, Koperasi boleh, tertakluk kepada peruntukan Akta
Peraturan, menjalankan aktiviti-aktiviti berikut :
(a) mewujudkan pasaraya, pasar mini, kantin sekolah, restoran, kedai buku dan lain-lain;
(b) memberi pinjaman kepada anggota;
(c) menjalankan aktiviti pertanian seperti tanaman, penternakan, perikanan, bioteknologi dan industri asas tani;
(d) menjalankan aktiviti perkhidmatan pengangkutan awam, pelancongan, pemasaran, pencucian bangunan, pendidikan, ICT dan lain-lain;
(e) terlibat dengan industri kampung, perkilangan dan pembuatan;
(f) menjalankan aktiviti pengangkutan lori/treler/tanker, pengangkutan kapal laut, pengangkutan kapal terbang pengangkutan feri dan lainlain;
(g) menjalankan aktiviti pembinaan rumah kediaman, kondominium, pangsapuri, rumah kedai, premis perniagaan, pejabat dan lain-lain bangunan;
(h) mendapatkan serta menjalankan kontrak pembangunan daerah, kontrak pembinaan jalan dan kontrak pembinaan bangunan;
(i) menjalankan aktiviti kebajikan anggota, pendidikan dan perniagaan;
(j) membeli, menjual, memindahkan hak milik, mendirikan, menyewa, mencagar, memajak, menggadai dan memiliki harta alih dan harta tak alih;
(k) melaburkan wang berlebihan dalam perkara yang dibenarkan menurut seksyen 54 Akta;
(l) mengadakan subsidiari menurut seksyen 19 Akta dengan kelulusan Suruhanjaya;
(m) menyertai usahasama dan menjadi anggota kepada koperasikoperasi lain;
(n) mengadakan aktiviti lain yang berfaedah dengan kelulusan mesyuarat agung perwakilan.
(2) Bagi menjayakan aktiviti menurut fasal (1), Koperasi boleh mendapatkan :-
(a) modal dengan cara mengumpul syer, yuran, deposit, pinjaman atau simpanan khas daripada anggota;
(b) deposit atau pinjaman daripada bukan anggota dengan kelulusan Suruhanjaya menurut perenggan 50(e), subseksyen 52(2), seksyen 52A Akta dan Peraturan.
(3) Bagi mengendalikan sesuatu aktiviti menurut fasal (1), Lembaga hendaklah membuat aturan aktiviti yang sesuai yang diluluskan oleh mesyuarat agung perwakilan dan satu salinan hendaklah dikemukakan kepada Suruhanjaya dalam tempoh tiga puluh hari selepas diluluskan oleh mesyuarat agung perwakilan itu.
(4) Bagi melaksanakan skim berhubung dengan simpanan khas, deposit atau pinjaman, menurut Peraturan, Lembaga hendaklah :-
(a) menyediakan suratcara berasingan yang menyatakan dengan jelas terma dan syarat-syarat bagi skim tersebut;
(b) mengemukakan suratcara skim itu kepada mesyuarat agung perwakilan untuk kelulusan; dan
(c) mengemukakan satu salinan suratcara yang diluluskan itu kepada Suruhanjaya dalam tempoh tiga puluh hari selepas diluluskan oleh mesyuarat agung perwakilan itu.
(5) Walau apa pun peruntukan Undang-undang Kecil ini, setiap aktiviti yang hendak dijalankan adalah tertakluk kepada peruntukan-peruntukan mana-mana undang-undang bertulis lain.














